SALAM MAHABBAH & SALAM UKHWAH BUAT SEMUA

Friday, February 19, 2010

Menara KLCC



Tahukah anda mengenai Menara Berkembar Petronas??Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Malaysia ialah sepasang menara berkembar yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Taipei 101. Sungguhpun begitu, kedua-dua menara ini masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia dan juga merupakan bangunan tertinggi pada abad ke-20.





 Menara Berkembar Petronas memegang gelaran bangunan tertinggi dari tahun 1998 hingga 2004 dari segi ukuran dari aras pintu masuk utama hingga atas struktur, iaitu rujukan ketinggian asli yang digunakan oleh pertubuhan antarabangsa Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar sejak tahun 1969 (tiga kategori ketinggian tambahan diperkenalkan ketika menara ini hampir disiapkan pada tahun 1996).[


Menara Petronas yang direka oleh jurubina César Pelli dari Argentina ini, siap dibina pada tahun 1998 setelah menelan masa tujuh tahun sehingga menjadi bangunan tertinggi di dunia sewaktu disiapkan.[7] Menara ini dibina di atas tapak lumba kuda Kuala Lumpur.[8] Kedalaman batuan dasar menjadikan bangunan ini dibina pada tapak yang paling dalam di dunia.[9] Tapak sedalam 120 meter itu memerlukan sejumlah konkrit yang berlebihan untuk dibina dalam masa 12 bulan oleh Bachy Soletanche.[10]


Menara setinggi 88 tingkat ini banyak dibuat daripada konkrit bertetulang dengan muka bangunan buatan keluli dan kaca yang direka untuk menyerupai motif kesenian Islam untuk mencerminkan agama Islam di Malaysia.[11] Satu lagi pengaruh seni Islam dalam bangunan ini ialah keratan rentas kedua-dua menara yang berbentuk Rub el Hizb, ditambah dengan bahagian bundar untuk memenuhi keperluan ruang pejabat.[12] Menara 1 dibina oleh konsortium Jepun yang dipimpin oleh Hazama Corporation manakala Menara 2 dibina oleh dua kontraktor Korea Selatan, iaitu Samsung C&T dan Kukdong Engineering & Construction. Jejantasnya pula disiapkan oleh Kukdong.


Antara keunikan menara ini adalah Menara Satu diduduki sepenuhnya oleh Petronas dan sebilangan anak syarikat dan syarikat sekutunya. Manakal ruang pejabat di Menara Dua pula disewakan ke syarikat-syarikat lain[16] Antara syarikat-syarikat yang mendirikan pejabat dalam Menara Dua termasuk Accenture, Al Jazeera English, Carigali Hess, Bloomberg, Boeing, IBM, Khazanah Nasional Berhad, McKinsey & Co, TCS, HCL Technologies, Krawler Networks, Microsoft, The Agency (syarikat peragaan) dan Reuters.Bangunan KLCC ini juga merupakan antara daya tarikan MALAYSIA dengan negara luar.Percayalah, bangunan KLCC merupakan antara produk pelancongan MALAYSIA kerana ramai pelancong berlumba-lumba menaiki tingkat 41 dan 42 bagi melihat keindahan panorama Kuala Lumpur...Penulis berharap agar MALAYSIA dapat mencipta sesuatu yang baru bagi membuktikan MALAYSIA BOLEH....

2 comments:

nuhaislami said...

jom naik jambatan itu...hahahaha

Malihah Maswan said...

Btul2...Sy pn berbangga menjadi rakyat Malaysia.
Menara KLCC ni la antara daya tarikan Malaysia kepada para pelancong selain menjadi Identiti bagi negara Malaysia..Malaysia Boleh

Post a Comment