Setiap orang mempunyai kawan.Pe bezanya kawan dan sahabat?Bagi penulis, kawan ini di ibarat sebagai penghibur di kala senang sahaja manakala sahabat pula di ibaratkan sebagai teman yang akan bersama-sama walaupun di kala kita senang dan susah.
Penulis ingin berkongsi kisah mengenai seorang kawan lama walaupun tidak di anggap sebagai sahabat tetapi penulis menganggapnya sebagai sahabat kerana telah mengenalinya sejak di sekolah menengah lagi.Sebelum itu penulis ingin berkongsi kisah mengenai latar belakang kawannya. Nama beliau adalah Abdul(bukan nama panggilan tetapi terdapat dalam no IC).Sempat bersama penulis di SAMJ Kuala Selangor sehingga form 4 sahaja kerana penulis berpindah ke sekolah lain atas sebab2 yang tertentu..Sangat berminat bermain badminton sehingga berjaya mewakili sekolah ke peringkat negeri.Berwatakan selamba dan suka bergurau tetapi sangat bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu kerja dan amanah antaranya pernah menjawat jawatan dalam S/U Kelab Rakan Muda USIM.. Antara kenangan yang paling tidak dapat di lupakan bersama Abdul adalah semasa di sekolahmenengah di mana sahabatku ini telah mengajak penulis bersama-sama dalam mewakili sekolah dalam pertandingan (pengurusan jenazah peringkat negeri Selangor).Walaupun tidak menang tetapi dapat merasakan kesungguhan sahabatku memberi peluang kepadaku dalam mewakili sekolah.Semasa minggu ta'aruf Universiti, penulis telah di pertemukan sekali lagi dengan Abdul setelah sekian lama tidak bertemu disebabkan penulis bertukar sekolah menengah yang lain semasa SPM.
Walaupun kenangan bersama Abdul tidaklah banyak akan tetapi segala kebaikan dan kesungguhan Abdul dapat penulis rasakan seperti berusaha agar adiknya dapat mewakili fakulti dalam pertandingan Sukan Antara Fakulti(SUFA) dalam pertandingan Badminton walaupun mereka berlainan fakulti.Sangat cekap dan bijak dalam bermain badminton sehingga boleh di gelar sebagai kapten dalam pasukan Fakultinya kerana berjaya mendapat emas dalam SUFA 09 acara badminton berpasukan.Penulis sempat bersama Abdul menghadiri perarakan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan bertempat di Padang Merdeka berhadapan dengan bangunan Sultan Ismail di Kuala Lumpur pada tahun 2009...Itulah antara kenangan manis bersama Abdul di universiti..Satu hari, Abdul telah mengajak saya bagi menghadiri pameran rekacipta bangunan KLCC dengan menggunakan bahan yang terbuang.Semasa itu juga penulis tidak dapat menghadiri pameran tersebut kerana mahu menghantar assigment walaupun penulis sedar yang Abdul berada hanya beberapa meter di hadapanku.Penulis yakin ada sedikit rasa kekecewaan Abdul terhadap atas pelawaannya tadi tidak dapat penulis tunaikan tetapi penulis sempat juga melawat pameran tersebut tetapi Abdul tidak ada atas sebab2 kerja kerana Abdul merupaka antara individu penting dalam pameran tersebut.Aku di beritahu bahawa pameran tersebut telah sedikit sebanyak memaksa Abdul untuk bekerja keras bagi menjayakan Program tersebut kerana Abdul menjawat jawatan sebagai S/U dalam Rakan Muda..Keesokan hari, aku di maklumkan ada pelajar yang terlibat dalam kemalangan jam 5am di higway.Nama pelajar tersebut seakan-akan Abdul.Penulis mula berasa syak wasangka tetapi aku kuatkan juga azam yang itu bukan Abdul.Ternyata tanggapanku silap.Penulis mendapat panggilan dari rakanku yang lain bagi menziarahi Abdul di rumahnya.Begitu terkejutnya penulis mendengar panggilan tersebut.Arwah telah terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika mahu bergegas balik ke kampung pada waktu malam selepas pameran di bawah kelolaannya.Tanpa membuang masa,penulis bergegas menukar pakaian(walaupun tidak mandi).Antara jam 11am lebih, penulis bersama rakan-rakannya selamat sampai di rumah Arwah tetapi tidak sempat melihat muka Arwah buat kali yang terakhir kerana segala urusan jenazah telah disempurnakan seawal jam 8am.Penulis sempat menziarahi keluarga Arwah Abdul dan sempat membaca tahlil ringkas di tapak perkuburan islam di kampung halamannya..Penulis ingin berpesan kepada semua
("jika anda di jemput untuk pergi ke sesuatu majlis hendaklah anda pergi.Mungkin itulah permintaan yang terakhir rakan@sahabat anda.penulis sangat menyesal sehingga hari ini kerana tidak dapat memenuhi permintaan Arwah....Jagalah ukwah dalam persahabatan kerana dengan menjaga ukhwah inilah kita akan senang dalam semua keadaan dalam kehidupan terutama dalam menjalani segala cabaran dalam kehidupan seharian.....Percayalah")...
5 comments:
oooo,,,aku pon xsempat tgk....moge2 die dalam glongan hmba-Nya yang beriman..Amiin..
Pe...mmg syahdula cte ni..Rasa cm nk menangis je ...sabar ek...Pe2 pn sy tumpang sad sekali...
oh, ini orangnye...setiap yang bernyawa, pasti akan kembali jua...beringatlah selalu..
Salam...smga roh dicucuri ALLAH..
Amin...
salam.....smga rohnya dtmptkn brsama org2 b'iman...amin3
Post a Comment