SALAM MAHABBAH & SALAM UKHWAH BUAT SEMUA

Tuesday, March 30, 2010

Permata Insan

Sebuah lagi program kesinambungan Permata Pintar diperkenalkan iaitu Permata Insan yang bertujuan mengenal pasti kanak-kanak pintar seawal usia lapan tahun, yang mempunyai kecenderungan tinggi dalam bidang pengajian Islam terutama al-Quran.

Kecenderungan itu kemudiannya akan dikembangkan ke tahap lebih tinggi dengan mengintegrasikan ilmu akademik dengan ilmu Islam secara sistematik, terancang dan mengikut metodologi betul.Isteri Perdana Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Dasar Permata Negara, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata pelaksanaan program itu sebagai permulaan untuk melahirkan kanak-kanak generasi al-Quran yang bakal menjadi tokoh ilmuan Islam.

Permata Insan merupakan program yang dikembangkan  oleh Universiti Sains Islam Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Islam MALAYSIA. Pihak  Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) akan bekerjasama dengan Universiti King Abdul Aziz Arab Saudi yang sudah mempunyai program seumpama ini.
bagi menjadikan objektif ermata Insan tercapai.  Program di khususkan untuk anak-anak berusia antara lapan dan 12, bertujuan untuk mendidik mereka untuk memahami dan mempraktikkan ajaran Quran, selain unggul dalam mata pelajaran lain. Pemilihan kanak-kanak bagi mengikuti Permata Insan dibuat menerusi proses saringan Ujian Kecerdasan (UKM 1) yang berlangsung sepanjang Mac hingga Mei. Selepas melepasi tahap kecerdasan UKM 1, mereka akan disaring menerusi Ujian Usim 1 bagi melihat kecenderungan dalam pengajian agama di samping melihat sahsiah peribadi...Penulis sangat menyokong penuh atas segala cadangan dan usaha yang di usulkan. Moga akan datang akan adanya intelektual islam yang muda dalam mentadbir Malaysia..Amin2.....MLAYSIA BOLEH...

1 comment:

imtiyaz said...

Moga2 objektif pelaksanaan program ini berjaya dengan jayanye...Amin2....Ti akan adanye kelahiran ulama'-ulama' muda di Malaysia seterusnya menjadikan negara Malaysia di jadikan negara contoh dalam melahirkan Permata Insan Yg berteraskan syariat Islam..AMIN3
Takbir.....ALLAH AKHBAR..

Post a Comment