SALAM MAHABBAH & SALAM UKHWAH BUAT SEMUA

Saturday, August 21, 2010

Ramadhan Kareem



Syukurlah kerana Allah S.W.T telah memberikan kita satu peluang lagi bagi menyambut bulan yang mengandungi pelabagai fadhilat dan keistimewaan.Marilah kita bersama-sama menghayati bulan bagi umat Islam dengan merebut peluang yang sedia ada ini dengan membuat pelbagai ibadat sunat dan ibadat yang lain di samping bermuhasabah dengan apa yang kita telah lakukan sepanjang kehidupan ..

Persoalannya mengapa awal Ramadhan kita lihat ramai yang berpusu-pusu pergi ke masjid bagi menunaikan terawih dan bilangannya semakin sedikit bagi 10 hari terakhir ramadhan..
Mumkin di sebabkan pulang ke kampung halaman dan sibuk dengan pelbagai aktiviti yang lain...
Justeru marilah kita sama-sama istiqamah dalam beterawih di masjid dan di surau...
Jika tiada kelapangan berusahalah bagi menunaikan sunat terawih di rumah..Sesungguhnya solat terawih hanya terdapat di bulan Ramadhan sahaja..Jika tidak larat @ mampu buat 20 rakaat memadailah dengan hanya membuat 8 rakaat sahaja dan berusahalah mencari malam Lailatul Qada pada 10 malam yang terakhir kerana pada malam itu ganjaran pahala yang di berikan menyamai amalan 1000 bulan...Masya'allah...
Semoga Ramadhan ini dapat menjadikan Ramadhan yang lebih baik dari tahun yang lepas seterusnya  bersama kita menjauhi sifat yang buruk dan keji dari kehidupan kita..Insya'allah...
Terima kasih Ya ALLAH kerana memberikan aku peluang untuk menjalani ibadat puasa pada tahun ini...(+_+)

No comments:

Post a Comment