SALAM MAHABBAH & SALAM UKHWAH BUAT SEMUA

Friday, February 19, 2010

Menara KLCC



Tahukah anda mengenai Menara Berkembar Petronas??Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Malaysia ialah sepasang menara berkembar yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Taipei 101. Sungguhpun begitu, kedua-dua menara ini masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia dan juga merupakan bangunan tertinggi pada abad ke-20.



Tuesday, February 16, 2010

Binatang peliharaan


Banyak binatang yang boleh di pelihara.Antaranya hamster, anjing, arnab,ikan,angsa,itik, lembu,kambing, ayam,kucing dan pelbagai binatang yang lain..Antara binatang yang di sebutkan tadi, penulis begitu tertarik dengan kucing.Mengapa??

Monday, February 15, 2010

Martial Art






Sekarang ini macam-macam kita dengar kes jenayah.Rasa macam da tak selamat je bila nak kuar kan.Ye la,jenayah ni kita tak dapat jangka kan.Bila-bila masa je boleh berlaku.Paling kesian kaum perempuan yang sering menjadi tumpuan penjenayah bagi melakukan jenayah.Antara cara bagi mempertahankan diri dari serangan penjenayah adalah dengan mempelajari seni mempertahankan diri.Apabila kita sudah mempelajarinya, maka de la jugak semangat yakin & berani bagi mempertahankan diri kita terutama dalam situasi tertentu.


Handphone cantik buatan MALAYSIA


CSL merupakan antara jenama handphone baru di pasaran MALAYSIA..Model ini mendapat sambutan yang positif dari rakyat ini kerana reka bentuk yang menarik, harga yang berpatutan dan mempunyai fungsi TV serta boleh support Dual Sim..Antara model yang popular ialah model Blueberry. Model ini hampir sama dengan handphone Blackberry.Walaupun Handphone CSL ini mempunyai fungsi seperti support dual sim,TV,MP3,Radio,Kamera,Wifi dan fungsi2 terkini namun sayangya, handphone ini tidak terdapat 3G.Penulis berharap agar Jenama CSL ini dapat mempelbagaikan fungsi terkini seperti model2 handphone yang lain.Malaysia Boleh

Perodua MYVI



Peroda Myvi merupakan antara model terlaris bagi syarikat jenama Perodua...Model ini juga merupakan antara kategori compact car yang diminati oleh rakyat Malaysia..Buktinya,sampai sekarang pn masih ramai yg mahu memilikinya sehingga berjaya mengatasi jualan kereta proton(SAGA BLM&PERSONA)..Penulis berharap agar industri permotoran kita dapat bersaing lebih sihat dengan mengeluarkan model kereta yang boleh bersaing dengan jenama yang lain seperti Toyota, Honda, Kia, Hyundai, Suzuki, Peugeot, Citroen, Mitsubishi, BMW,Mercedez,Mazda,Renault,Alfa Romeo,Subaru,Saab,Mazda,Audi,& pelbagai jenama kereta dunia yang lain..Malaysia Boleh

Saturday, February 13, 2010

The Best Films 2009




Avatar merupakan filem terbaik 2009 hasil studio 20 century fox.Menggunakan teknologi CGI yg tercanggih sehingga berjaya mengatasi tayangan filem Titanic..Mendapat sambutan yang menggalakkan dari seluruh dunia..Menceritakan tentang kehidupan mahluk di dunia lain yang bebas daripada sebarang gangguan sehinggalah kedatangan manusia yg ingin merampas tempat AVATAR..
Jalan cerita yg menarik kerana mengisahkan sifat tamak manusia yang ingin berkuasa dalam semua keadaan..Penulis berharap agar filem Malaysia berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan dari luar negara seperti filem Jangan Pandang Belakang..Malaysia Boleh...